• Slogan Sekolah
    Slogan Sekolah "Sentiasa Berilmu, Cemerlang dan Soleh "
  • Visi Sekolah
    Visi Sekolah "Untuk Menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Menengah Yang Cemerlang dan Terulung Di Brunei Darussalam"
  • Misi Sekolah
    Misi Sekolah "Untuk membangunkan diri pelajar secara holistik dari aspek rohani, moral, fizikal, intelek dan sosial; bagi melahirkan rakyat yang berilmu, taat-setia, mahir, soleh, amanah, bertanggungjawab dan berkepribadian mulia berdasarkan falsafah Melayu Islam Beraja"
  • Moto Sekolah
    Moto Sekolah "Bersama-sama Mencapai Kecemerlangan, Kemuliaan dan Kegemilangan Untuk Negara Brunei Darussalam"

Mesej Pengetua

Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempunyai visi menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan perdana di Brunei Darussalam. Kami penuh berazam untuk memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pelajaran.

Di bawah pentadbiran yang baru bermula dari Mac 2012, kami telah berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek. Program membaca dan ‘numeracy’ sentiasa dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke semasa. Kami memperkenalkan dan melaksanakan program intervensi secara intensif pada sebelah petang dan setiap Jumaat sebagai usaha untuk memperbaiki tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar.

Mesej Penuh

Berita Terkini

Kelas Petang untuk Menengah Atas dan Kelas Tambahan Hari Jumaat bagi Menengah Bawah

Kelas tambahan hari jumaat bagi matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk kelas Tahun 7 dan Tahun 8 bertujuan untuk membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan ketika mempelajari matapelajaran teras ini. Matapelajaran ini akan menjadi asas bagi pentuntut bagi pencapaian yang lebih baik di peringkat 'O' Level.

Kelas petang bagi Menengah Atas pula bertujuan bagi sesi tutorial. Ianya dapat menambahkan lagi peluang bagi penuntut memahami lagi dengan lebih mendalam matapelajaran mereka.

Berita Penuh

Kebanggaan Kami

Pembangunan Tenaga Pengajar

image

Pembangunan Profesional
Program pembelajaran berterusan bagi tenaga pengajar membantu mempersiapkan kakitangan sekolah dengan teknik dan cara terbaik dalam membantu proses pembelajaran penuntut.

Kelas Petang

image

Pengalaman Pembelajaran Yang Menghiburkan
Kelas tambahan yang diadakan pada hari Jumaat adalah bertujuan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan bagi matapelajaran teras. Kelas petang bagi penuntut tingkatan atas pula diadakan dalam bentuk tutorial bagi memberikan penuntut peluang memahami matapelajaran dengan lebih mendalam.

Program Membaca

image

Menggalakkan Celik Membaca
Dianjurkan setiap tahun bagi Penuntut Tahun 7, bengkel memberi penekanan kepentingan membaca dalam proses pembelajaran penuntut. Dengan program seperti pelaksanaan Polisi Membaca dan penggunaan Diari Membaca, penuntut kami bersedia untuk menghadapi tahun-tahun yang mendatang.

Kotak Carian

Cuaca Tempatan

29°
°F | °C
Bandar Seri Begawan
Cloudy
Humidity: 67%
11 kph
Mon
Mostly Cloudy
25 | 30
Tue
Thunderstorms
25 | 29

Makluman

Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan bermula dari 28hb Mei 2013 sehingga 12hb Jun 2013.